Penanggalan

Alam Ghaib
Hantu penanggal versi Filipina
Hantu Penanggalan
Alam Alam ghaib
Berbentuk fizikal Ya
Mampu berubah bentuk Tidak
Mampu menyerupai manusia Tidak
Menghisap darah Ya
Dipelihara Ya
Bermasyarakat Tidak
Gambaran
Sejenis makhluk halus yang dipelihara bagi tujuan tertentu.


Penanggalan

Hantu penanggalan atau penanggal, juga dikenali hantu tengelong di Kedah atau balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan dan dikatakan mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena. Hantu penanggalan juga disebut dalam Hikayat Abdullah, yang ditulis pada tahun 1845, yang menarik minat Sir Stamford Raffles untuk memuatkan gambar dan keterangan mengenainya dalam buku catatannya.[1]

Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk kembali ke dalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.

Gambaran dekat daun mengkuang berduri.
Gambaran dekat daun mengkuang berduri.

Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin (masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan daun mengkuang yang berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.


From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy